Matlamat Syarikat
MAA Precious Metals Sdn Bhd (MAA) adalah kilang emas berpemilikan penuh bumiputera iaitu En Azrul Bin Azmi. Beroperasi di Pulau Pinang dan Kedah.
Visi utama MAA Precious Metals Sdn Bhd adalah untuk memperluaskan lagi cabang perniagaan yang sedia ada, bukan sahaja sebagai pengilang atau pengeluar produk emas sahaja, tetapi juga melangkah setapak lagi iaitu sebagai pembekal (supplier) produk emas terkemuka di Malaysia. Bagi MAA, adalah penting untuk menguasai pasaran kerana pasaran adalah nyawa sesebuah organisasi. MAA tidak mahu terus bergantung nyawa kepada pembekal (supplier) luar yang sedia ada kerana kita tidak boleh menduga apa yang bakal berlaku pada masa depan. Adalah penting MAA mengorak langkah seterusnya supaya MAA dapat mengukuhkan lagi kedudukan dalam pasaran.
Dengan kumpulan pengurusan, operasi dan pemasaran sekarang. MAA yakin, kami dapat melaksanakan apa yang dirancang dan seterusnya berjaya sebagai sebuah organisasi yang mantap dan berdaya tahan untuk kelangsungan dalam pasaran yang semakin mencabar masa kini.
MAA Precious Metal Sdn Bhd juga berhasrat untuk melahirkan lebih ramai usahawan-usahawan emas sepenuh masa atau separuh masa, baik secara online ataupun offline. MAA akan terus berusaha membantu masyarakat untuk menjana pendapatan dan meningkat taraf ekonomi mereka.
MAA adalah salah satu daripada kilang emas yang ada di luar sana, mengeluarkan pelbagai jenis emas daripada goldbar, dinar, syiling emas sehinggalah kepada barang kemas.Orodesign adalah satu program di bawah MAA PRECIOUS METALS yang di wujudkan untuk melahirkan seramai mungkin orang-orang di luar sana yang celik emas dan berjaya dalam perniagaan.Bermodalkan cuma serendah RM299 sekali seumur hidup, setiap daripada kita mampu memiliki sebuah kedai emas online dengan stok emas 20kg sehari sedia di jual di hujung jari anda.Misi dan visi ingin melahirkan lebih ramai usahawan dan dermawan menjadi sebahagian pembayar zakat serta mewujudkan peluang yang luas agar lebih ramai mampu menyimpan atau mengumpul aset emas.
Dengan sukacitanya, kami ingin mengumumkan pembukaan cawangan baru MAA PRECIOUS METALS di Sungai Dua Pulau Pinang & Cyberjaya Selangor.Ini bertujuan memperluaskan perkhidmatan kami bagi memenuhi keperluan pelanggan kami dan dealer-dealer dengan lebih baik. Kami berharap cawangan baru ini akan menjadi titik pertemuan yang memudahkan bagi semua dealer-dealer dan juga para pencinta emas di sekitarnya.